DUNIA BARU
Isnin, 20 Januari 2014
Whatsapp , Buang yg Keruh Ambil yg Jernih
Assalamualaikum ... Selamat Tahun Baru . Tutup buku lama buka buku baru . Al kisah terlintas untuk menulis setelah bermain whatsapp , sambil bergurau senda cuba menyampaikan mesej nasihat-menasihati . Tapi sayang sekali mesej yang disampai kurang dipeduli , tapi kalau yg ditulis merapu-merapi itulah yg diminati . Teman cuba menasihati hapuskan segala dendam dan juga sengketa lama yg masih terpendam terhadap sahabat handai,jiran tertangga dan sesiapa saja.cukup2lah untuk bermusuh sesama kita,ubatilh luka dengan cermin diri dan cari kesilapan diri sendiri.jangan terlalu menunding jari mencari kesilapan orang lain.buanglah sifat berprasangka buruk tehadap orang sekeliling tanamkan sikap baik sangka sesama kita dgn jiran tertangga,usia kita makin tua,kubur pun dah kata mari andainya kita mati takkanlah kita nk gali kubur sendiri.
Isnin, 30 September 2013
Menghitung Hari ...
18.8.2013 telah di kejutkn dengan panggilan telefon dari anak seorang sahabt,memberitahu yg ibunya telah meninggal dunia beberapa hari sebelum hari raya,berita itu amat memeranjatkn kerna ketika itu baru sahaja teringt untuk menghubungi arwah untuk menanyakn khbr tapi hati terasa berat lantas membatalkn niat itu..sebaik mendengar cerita anak arwah kisah pemergian ibunya air mata terus mengalir,terkenangkan saat bersama arwah.dia adalah sahabat yg sangat baik,sudah bertahun tidak dapat bertemu arwah sekadar bertanya khbar di telefon , kebiasaanya teman menghubungi arwah beberapa hari selepas raya..Tapi pada tahun ini tergerak hati untuk menghubunginya sebulan sebelum raya,rupa2nya itulah kali terakhir dapat bercakap dgn arwah. ,kerana teman ada anak istimewa yg menyukarkan pergerakan untuk berkunjung ke rumah arwah dan sahabat2 yg lain, begitulah sebaliknya.Arwah adalah jiran lama teman dan kami terpisah setelah masing2 berpindah.Hingga kini masih terkenangkan arwah,walaupun sebaik menerima berita pemergiannya air mata terus mengalir hingga keesokan harinya sampai ditegur oleh anak2 kerna mata kelihatan membengkak, Kesedihan itu terasa hingga kini dan lebih terasa apabila terfikir andainya teman ditempat arwah...bersediakh teman untuk kesana,apakh cukup amalan yg teman lakukn,apakah cukup ilmu agama yg teman tinggalkn untuk anak teman,terasa hari itu makin hampir..tidak dapat nk digambarkan..perasaan itu...Kita hidup umpama menghitung hari, ingatlah akhirnya kita akan pergi jua untuk selamanya2.Arwah sangat bertuah kerana dia mengetahui penyakitnya dari awal lagi cuma dirahsiakn dari anak2 dan sahabat2..AL FATIHAH buat Arwah.
Ahad, 29 September 2013
Kalau Aku Kaya
Tiba-tiba je angan-angan Mak Jenin dtg kembali ... Bilalah nak jdi orang kaya .. Dah mcm2 ada dlm kepala andainya aku org kaya yg nak aku realisasikan . Diantaranya , yg paling aku impikan ialah membuat/memiliki sebuah rumah yg berada diatas tanah bukan yg mcm sekarg diangkasa (rumah pangsa) . Ingin membeli sebidang tanah yg boleh aku usahakan untuk tanaman dan ternakan .Seronokkan dapat tanam pokok2 , bela ayam itik,kambing/lembu .. Pastu hasilnya tak habis makan , jual . Kalau tak jual , sedekah . Eeiii ! Seronoknya !kereta aku tak kesah kereta apa asalkn boleh dinaiki oleh kami sekeluarga tak perlu yg mewah2.Bukan itu saja..aku nk tolong adik beradik,saudara-mara,kawan aku yg dalam kesusahan,sekarang aku rasa simpati je tengok orang susah didlm tv kekadang airmata mengalir bila mengenangkn andainya aku berada di tempat mereka..ada juga kawan2 yg nk meminjam wang,walaupun aku bukan orang kaya dan tak berkemampuan pun nk bagi mereka pinjam aku sedekahkn sajalh berapa yg aku mampu,klu aku bgi pinjam pun dh pasti menambahkn beban mereka untuk memulangkn semula.. Kalau aku kaya..aku nk buatkn/belikan rumah untuk adik beradik aku yg susah.,mak dan abah sudah pasti orang pertama yg aku bantu.Lagi apa ye..oh ye harap aku tak jadi orang yg sombong,lupa diri,pilih kawan yg sedarjat je..haa yg itu paling aku tak suka....tapi bila agaknya aku akan jadi orang kaya?..Dah 20th aku kumpul duit tapi tak kaya2..20 tahun baru dapat RM20 ribu,nk buat rumah dikampungpun tak cukup lagi inikan nk beli rumah......aku bukan berkerjapun hanya suri rumahtangga yg setia menjaga anak2 termasuklh anak istemewa,disamping itu adalh ambil upah menjahit secara kecil2lan,hasil itulh aku kumpul untuk mencapai angan2ku . Aku ni jarang sekali keluar rumah cuma..angan2 ni je lh bermain dikepalaku ...
Khamis, 15 Ogos 2013
Ape-ape je lah .. !
Isnin, 12 Ogos 2013
Tenung2..Renung2...(part2)
Ahad, 11 Ogos 2013
Langgan:
Catatan (Atom)