Salam sejahtera , salam perkenalan dan selamat datang ke Dunia Baru Buku Nota Sutera ...
Mohon maaf terlebih dahulu andai ada coretan dalam buku nota ini yang menyinggung mana-mana pihak . Bukan itu niat dihati tapi sekadar mencatit apa yang terlintas dan ingin dikongsi ...Sebelum meneruskan coretan ini , ada sedikit perkenalan diri hamba ...
Seorang isteri dan suri rumah tangga sepenuh masa ...
Mempunyai lima cahaya mata ...
Seorang dah bekerja , seorang lagi kurang upaya ...
Tiga lagi meningkat remaja dan sedang mengejar cita-cita ..
Umur hamba biar lah rahsia ...
Nak kata dah tua boleh lah juga ...
Dah dipanggil makcik oleh anak remaja
Dan dipanggil kakak oleh jiran tetangga ...
Jadi , cubalah teka berapa usia hamba ..?
Dah nama suri rumah tangga ...
Dalam rumah itu lah dunia hamba ...
Jarang keluar rumah ... 2 , 3 bulan sekali saja ...
Mungkin ada yang tak percaya ...
Tapi itu lah kebenaran nya , kerana menjaga anak kurang upaya ,
Disamping itu mengambil upah menjahit untuk memenuhi masa yang ada ...
Urusan luar dibantu oleh suami tercinta ...
Menulis sekadar suka-suka ...
Bukan pakar bahasa ...
Tidak juga perosak bahasa kita ...
Cuma mencoret idea yang ada kerana kurang teman untuk berbicara .
Ok .... Kalau suka teruslah membaca , jika tidak suka jangan lah dicerca ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan