1 . Untuk sakit lutut / sendi2 /terseliuh .
Perahkan air limau nipis + kapur . Baca al-Fatihah , selawat dan sapu di tempat sakit . Amalkan sehingga
anda terasa keberkesanannya . Petua ini telah terbukti sebaik Akak melakukannya .. Ketika itu ibu jari
sakit / terseliuh akibat cuba mententeramkan anak OKU yang meronta - ronta . Dalam pergelutan itu ,
tiba - tiba je di tepisnya tangan ni hingga mengalami kesakitan yang teramat sangat . Nak ke klinik pun
susah kerana anak OKU tidak ada orang menjaganya . Hampir seminggu tidak dapat memegang gunting
, mula rasa susah hati kerana banyak tempahan tidak dapat disiapkan . Akhirnya terlintas di fikiran cari
penawar dari bahan2 yang ada di dapur maka ternampak lah limau dan kapur dan terus mencubanya .
Alhamdulillah , pulih akhirnya ... Selamat mencuba ..
2 .Perahan limau nipis juga boleh disapu pada kulit yang mengalami kegatalan .
Banyak lagi keistimewaan limau nipis itu adalah diantara yg selalu akak amalkan...untuk menghilang kan bau dan menbersihkan ayam/ikanpun sangat sesuai tambahkan sedikit garam bersama perahan limau kedalam rendaman ayam/ikan/udang dll selama beberapa minit dan lihatlah hasilnya....
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan