Suasana menghijau pencemaran tiada
Kicauan burung riang sentiasa
Bebas terbang dengan gembira .
Anak-anak sentiasa mesra
Bermain bersama seperti saudara
Tiada beza jiran tertangga
Bertegur sapa bila bersua .
Dulu semuanya sederhana sahaja
Susah senang dikongsi bersama
Bermuafakat menjadi agenda utama
Itulah keindahan suasana didesa .
Dulu kini sungguh berbeza
Bandar desa sama sahaja
Tiada lagi perbualan mesra
Bila semuanya sudah dewasa .
Lupa diri bila berjaya
Ibu bapa turut bersengketa
Berbangga kerana anak bekerjaya
Semangat kejiranan sudah dilupa .
Hidup jangan berpura
Pilih teman hanya yang berada
Yang biasa dilayan tak mesra
Orang beriman berkawan tak pilih bangsa
Bersihkan hati dan jiwa
Baru berkat amalan kita .
Dunia ini pinjaman semata
Segalanya adalah pemberian dia
Untuk menguji iman manusia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan