DUNIA BARU

DUNIA BARU

Sabtu, 13 April 2013

Alahai , Ustazah .

       Musim pilihanraya tiba lagi . Suasana atau bahang pilihanraya bagi teman masih belum terasa kerana teman penghuni setia di dalam rumah yang masih belum berkesempatan keluar untuk menyaksikan kemeriahan kibaran bendera dan perang poster yang heboh di perkatakan . Walaubagaimana pun , teman sentiasa mengikut perkembangan semasa pilihanraya melalui berita di kaca TV  . Teman juga mendengar dari anak2 teman yang pulang dari sekolah mencerita kan kiri kanan jalan sudah diwarnai dengan bendera2 dan poster . Tapi satu cerita yang teman tak sedap dengar ialah apabila anak teman mengatakan Ustazah disekolah nya mengatakan BN adalah " Barisan Neraka " . Wah , agaknya Ustazah ini penyokong
" Parti Ajaran Sesat " yang disebutkan TM dulu . Memang sesatlah Ustazah ni . Sepatutnya , dengan anak murid tak perlulah nak buruk kan mana2 parti politik . Mereka ni golongan Pendidik . Jangan nak mendidik anak2 murid dengan perkara2 yang tidak sedap di dengar . Ini bukan lah kali pertama teman mendengar golongan ini yang bersikap begini . Dari cerita2 yang didengar ramai yang dah lupa diri dengan keistimewaan yang diberi dan kesenangan yang diperolehi . Sedarlah diri tu . Pekerjaan yang anda miliki itu dibawah pemerintahan siapa selama ini . Jangan lah diberi betis nak peha . Dapat peha pijak kepala . Anak murid itu generasi muda . Tolong jangan rosakan minda mereka . Jika tidak suka dengan pihak yang telah memberi anda peluang pekerjaan , lepaskan saja jawatan itu . Bekerjalah dengan parti ajaran sesat  yang anda bangga2 kan itu . Sebagai ibu bapa , teman sangat2 tak suka orang yang merosak minda anak bangsa dengan kata2 memburuk kan  pihak yang banyak berjasa pada negara .
        Menyentuh pasal pendidik ni nak lah beri pendapat sedikit , kasihan benor dengan sekolah anak teman ni . Pencapaian UPSR sekolah ni asyik suram je setiap tahun . Rasanya guru besar nye sudah lebih dari 6 tahun di sekolah tu tidak ada perubaan langsung . Harap2 pihak berkenaan tu tukar kan lah guru besar yang tidak berjaya meningkat kan kecemerlangan sekolah itu . Sekurang - kurangnya , 3 tahun je seseorang guru besar di sesebuah sekolah . ini sampai anak2 jiran teman tidak mahu hantar anaknya ke sekolah itu untuk kemasukan tahun satu . Walau pun sekolah itu berdekatan dengan rumah . Hiii .. ! Kesian benor dengan  pelajar2 di sekolah itu . Bila lah nak cemerlang gemilang macam sekolah2 lain . Bukan plihanraya saja perlu kan perubahan ,sesebuah sekolahpun perlu juga perubahan dengan mendapat  guru besar yang baru.Dulu kononnya nama sekolah tidak berapa sesuai maka ditukarkan nama sekolahnya tapi tetap juga macam tu,sayang nya bila ada je guru yg agak2 dapat menaikan perstasi sekolah maka cept pulk guru tu di tukarkn kesekolah lain tak faham betul teman..udah2nya murid2 juga yg rugi..kesian2 .