DUNIA BARU

DUNIA BARU

Selasa, 23 September 2014


Mari kita ajak anak2 mengenali buah yang jarang2 mereka jumpa pada zaman ni,dulu zaman kanak2 memang ia menjadi kegemaran kita.Ada antara buah ni bila suami saya bawa kepejabat rupa2nya bukan kanak2 je yg tak tau ni buah apa rupanya ramai juga budak2 muda di pejabatnya tak pernah jumpa dengan buah ni,oleh itu mari kita ajak mereka meneka apa nama buah yang ada di bawah ni...buah ni sedap juga rasanya masam2 manis gitu.






Selasa, 16 September 2014

Apabila anak kata tolong tuliskan sesuatu sempena dengan bulan kemerdekaan maka tercatiklah ayat2 ni dari seorang mama yang bukanya pakar didalam bidang penulisan ni tapi sebab nak bagi semangat pada anak usahakan lah juga dan disemak oleh anak sehingga dia rasa puas hati.

31 Ogos kembali lagi
Ulang tahun kemerdekaan pasti dirai
Gema merdeka disana sini
Kibaran bendera megah berdiri

Bersyukur kita kehadrat ilahi
Kerana kita masih disini
Di negara berbilang bangsa
Pelbagai keturunan hidup dengan harmoni

Hargailah kemerdekaan yang kita miliki
Janganlah kita lupa diri
Janganlah kita bersengketa sesama sendiri
Janganlah kita biarkan negara dijajahi lagi
Jangan hancurkan negara untuk kepentingan peribadi
Negara yang bergolak jangan dicontohi
Kerana kealpaan kita pasti semua itu terjadi

Erti sebuah kemerdekaan perlu difahami
Bukan sekadar diucap dan dirai
Serta berseronok setiap hari
Leka dengan dunia teknologi
Hingga lupa jati diri

Ayuh bangkitlah semua ..
Dari lena dibuai mimpi
Baik kecil , tua dan muda mudi
Sama-sama bersatu hati
Demi mempertahankan agama , bangsa dan negara yang dicintai
Jangan biarkan ia dibolosi
Dari pelbagai ancaman masa kini

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Semoga ianya kekal abadi .