DUNIA BARU

DUNIA BARU

Sabtu, 26 Januari 2013

Mak

          Bila tiba musim cuti ni , mulalah teringat kampung . Kali terakhir balik kampung semasa hari raya puasa yang lalu . Selepas tu dah berapa kali nak balik tapi belum berkesempatan lagi kerana masalah kesihatan anak yang tidak menentu sukar untuk di bawa pulang . Teringatkan mak ... rasa kesian bila mengenangkan rajin mak berusaha dengan bermacam cara untuk menambah kan pendapatan keluarga walaupun dia seorang suri rumah tangga . Dengan pendapatan abah yang tidak seberapa untuk menampung keluarga yang melebihi dari sepuluh orang , mak tetap berusaha untuk membantu . Kini , anak2 mak semua sudah dewasa dan berkeluarga serta berkerjaya . Walaupun mereka tidak berjawatan tinggi tapi mereka ada pendapatan sendiri .

           Abah pun dah pencen tapi tapi mak masih berusaha untuk menambah duit poket yelah , cucu-cucu ramai . Hajat orang tua teringin juga nak menghulurkan cucu wang walau RM 1 , 2 bila berjumpa . Lagipun "kasih ibu" kekadang bila ada anak yang di dalam kesusahan atau mengalami masalah kewangan  , si ibu sedia membantu . Terfikir juga kalau anak sepuluh orang . Kalau tiap seorang bagi ke mak RM 100 atau RM 50 sebulan pasti mak tak payahlah susah-susah nak buat itu ini lagi untuk mencari  duit sendiri , Tapi rasanya  anak-anak pun sibuk nak membesarkan anak masing-masing , cari duit untuk sara keluarga sendiri je . Setahun sekali je dapat bagi duit pada mak iaitu pada hari raya . NA mengakui diantara mereka itu ialah NA . Pendapatan NA sebulan tak sampai RM 300 . Kadang2 ada , kadang tidak . Bergantung pada banyak mana mendapat tempahan . Al maklum lah  kerja sambilan di rumah . Dengan pendapatan NA yang tidak menentu , NA tetap berusaha dari awal tahun lagi menabung untuk bagi duit raya mak , abah , anak2 saudara dan jiran tertangga . Alhamdulillah , walaupun pendapatan tidak seperti adik beradik lain yang makan gaji , walaupun sedikit dapat juga bagi mak duit raya kalau rezeki lebih dapatlah  bagi lebih  . Yelah , setahun sekali . Kalau boleh nak bagi banyak tapi ikut pendapatan lah juga  .

            Itulah kita ni , bila kita sudah menjadi ibubapa kita sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2 kita tapi , kita seakan lupa untuk berkorban apa sahaja untuk ibubapa yang membesarkan kita dan untuk bantu membantu sesama adik beradik yang dulunya sama2 dibesarkan oleh ibubapa dalam satu rumah pun sukar . Mungkin dari sudut lain kita ringan tulang untuk membantu tapi kalau masalah kewangan rasanya tidak ramai yang akan membantu . NA pun begitu . Apa yang NA mampu berangan jadi orang kaya dan mampu membantu mereka yang susah  termasuk lah ahli keluarga . Harap2 angan2 mak Jenin ni akan menjadi kenyataan .Yang penting usaha dan terus berusaha dan sentiasa muhasabah diri dan ingat mengingati .
                                                    SELAMAT MEMBACA

Rabu, 23 Januari 2013

Ragam Anak

Si Ibu -->Dah  nasihat jangan tinggal solat .
Si Anak -->Tapi yang itulah dia paling liat .
Si Ibu -->Kita kata setiap hari bangun pagi-pagi .
Si Anak -->Nak juga bangun tengah hari .
Si Ibu -->Suruh belajar rajin-rajin .
Si Anak -->Lebih suka buat kerja lain .
Si Ibu -->Suruh beli buku pelajaran .
Si Anak -->Buku komik pulak yang jadi pilihan . 
Si Ibu -->Dah suruh baca buku .
Si Anak -->Aik .. dia lebih suka hafal lagu .
Si Ibu -->Mama kata buat kerja sekolah .
Si Anak -->Macam2 pulak dia buat helah .
Si Ibu -->Jangan ponteng sekolah agama .
Si Anak -->Alasannya bas lambat malas tunggu lama .
Si Ibu -->Bila ditanya kenapa rajin pergi sekolah kebangsaan .
Si Anak -->Katanya di situ dapat jumpa ramai kawan .
Si Ibu -->Cita-cita nak jadi apa ?
Si Anak -->Nak jadi manusia yang berjaya tanpa berusaha .
Si Ibu -->????

Sabtu, 19 Januari 2013

Kongsi Petua (Part 1)

 1 . Untuk sakit lutut / sendi2 /terseliuh .
      Perahkan air limau nipis + kapur . Baca al-Fatihah , selawat dan sapu di tempat sakit . Amalkan sehingga                            
      anda terasa keberkesanannya . Petua ini telah terbukti sebaik Akak melakukannya .. Ketika itu ibu jari
      sakit / terseliuh akibat cuba mententeramkan anak OKU yang meronta - ronta . Dalam pergelutan itu ,
      tiba - tiba je di tepisnya tangan ni hingga mengalami kesakitan yang teramat sangat . Nak ke klinik pun
      susah kerana anak OKU tidak ada orang menjaganya . Hampir seminggu tidak dapat memegang gunting
      , mula rasa susah hati kerana banyak tempahan tidak dapat disiapkan . Akhirnya terlintas di fikiran cari
      penawar dari bahan2 yang ada di dapur maka ternampak lah limau dan kapur dan terus mencubanya .
      Alhamdulillah , pulih akhirnya ... Selamat mencuba ..

2 .Perahan limau nipis juga boleh disapu pada kulit yang mengalami kegatalan .
     Banyak lagi keistimewaan limau nipis itu adalah diantara yg selalu akak amalkan...untuk menghilang kan bau dan menbersihkan  ayam/ikanpun sangat sesuai tambahkan sedikit garam bersama perahan limau kedalam rendaman   ayam/ikan/udang dll selama   beberapa minit dan lihatlah  hasilnya....                              


                                                   Bersambung...

Sabtu, 12 Januari 2013

Kenapa? Kenapa?? Kenapa???

Sebaik terlihat gambar itu terasa sebak dihati....lantas terciptalah coretan ini mungkin ilham ini anugerah dari Ilahi.
Apahlah nk jadi?Apa yg tak cukup lagi?Kenapa jadi bergini?Kenapa lupa diri?Perjuangan apa yang mereka ikuti?Dulu dan kini, kita hidup cukup harmoni,kenapa kita tidak syukuri?
Jangan kita sesali,jika itu kita kehendaki
Perubahan yang belum pasti,cubalah muhasabah diri.
Keselesaan kita selama ini,keamanan yang kita kecapi.
Kesenangan yg kita perolehi,di bumi Malaysia yang dicintai.
Janganlah terlena dibuai mimpi,dengan kata-kata manis mereka yang  dengki.
Hanya untuk kepentingan diri sendiri,Janji mereka belum tentu ditepati.
Ianya juga telah terbukti.Orang yg berpegang pada ajaran Islam sepatutnya tidak begini.
 Berpadulah pada al-Quran & hadis........Bukan hanya mengikut telunjuk dgn berdemonstrasi.
Dunia akhir zaman makin menghampiri,jadi perbalahan sesama Islam perlu dihenti..
Ikutilah ajaran islam yang sejati,bukan yg direka kerana kepentingan parti.
Berdamailah supaya kita semua di redhai.Dunia ini hanya sementara,
disana nanti kekal abadi dan ingatlah disitu kita akan diadili.

Jumaat, 11 Januari 2013

Bila Anak2 Jatuh Cinta


Kata orang cinta itu buta,cinta juga tidak mengira usia,Baik yang kecil,muda,tua sama sahaja,hingga larut malam sanggup berjaga..Hebatnya kuasa cinta, buat ibubapa pening kepala.Itulah kisah cintakan cerita korea punya angkara..Semua dari korea lah mereka suka....
Bukan itu sahaja, ada lagi cinta kedua..Ini cinta pantang jumpa,setiap kali kekedai, buku komiklah pilihan mereka...Asyik nak beli bukan satu tapi dua tiga...Dah berkotak telah dibaca, sudah dilarang tapi dibelinya juga,Membaca buku sekolah kena paksa,Tapi kalau buku kartun dibaca sepanjang masa.. Dah tak tahu nak kata apa?Itulah jiwa remaja ,Tidak berusaha mengejar cita2,Tapi seronok dengan dunia cinta..Cinta fantasi dalam cerita..OK itulah sahaja..Kisah cinta anak kita.   

Sabtu, 5 Januari 2013

tenung2,renung2..

Kata orang Ilmu perlu dikongsi baru murah rezeki..disini nak kongsi sikit ilmu yang ada,tapi ringkas je dulu sebab kesuntukan masa banyak tempahan nak disiap kan,lain masa akan lebih lagi
Ini pola baju kurung..setengah je
cara memotong pola..tenung2 fikir2..
cara mencantum pesak,kekek dan tangan ..
 tengok  pada buku catitan jahitan ni penuh dengan gambar siti ,memang minat sangat tampal gambar siti.tak taulah kenapa.?rasa macam tenang je ..penat pun terasa hilang bila tengok fesyen2 baju yg dia pakai.
Ini pola kebaya tapi lebih kurang je dengan kurung moden yg berbeza masa mengunting di bahagian depannya,ia juga boleh di ubah untuk pola jubah dengan melabuhkan dan tak perlu berpinggang lurus saje.


Khamis, 3 Januari 2013

Menginsafi diri

Tahun baru muncul lagi ...
Inilah duniaku bukan fantasi ...
Dari dulu hingga kini ...
Ku syukuri rahmat Ilahi ...
Dengan izinnya ku masih disini ...
Bersama keluarga dan Insan yang dikasihi ...
Dapat melihat anak-anak membesar dengan mata sendiri ...
Setiap tahun yang berlalu sangat-sangat dihargai ...
Bersamalah kita muhasabah diri ...
Dengan setiap nikmat yang yang diberi ...
Insaflah ,
Bila-bila masa kita akan pergi ...
Meninggalkan semua yang ada disisi ...
Pergi menghadap Ilahi ...Berbuat baiklah sesama insani ...
Semoga semuanya akan diredhai ...
                    AMIN