DUNIA BARU

DUNIA BARU

Sabtu, 10 Januari 2015

Jauh hati..jauh disudut hati..???

Pantasnya masa berlalu,tahun baru kembali lagi ..bila direnung rupanya sudah 13tahun Dia mengidap penyakit itu.Masih belum ada tanda-tanda dia akan pulih seperti insan2lain.pelbagai rawatan telah diusahakan namun tiada apa2 perubahan. Kini doa serta mengharapkan keajaiban agar dia akan pulih seperti biasa...Walaupun kekadang hati terluka dek nasihat bab sindiran dari mereka yang terdekat yang kurang memahami situasi kita,terpaksalah kita menahan kepedihan dan kesedihan itu agar tidak berpanjangan.Apabila mendengar dari seorang kawan bahawa adiknya pun mengidap penyakit yang hampir sama sepertinya semangat yang hilang terawat kembali...kerana sebelum ini tertanya2juga adakah yang lain berpenyakit seperti ini..yang kekadang mengamok,menjerit,menangis..seperti kanak2 kecil hingga terpaksa kita menjauhkannya dari orang sekeliling untuk mengelakkannya  dari mencederakan sesiapa yang hampir dengannya dan merosakkan apa sahaja yang berada dekat dengannya.Bila ada yang sama senasib dengan kita dan sama2 memahami penyakit seperti ini terasa ringan sedikit beban yang tersimpan sekian lama..bukan kecewa dengan penyakit yang menimpa tetapi kecewa dengan mereka yang tidak memahami masalah yang kita hadapi dengan bercakap ikut sesuka rasa tanpa memikir ada yang terluka.penyakit itu bukan yang kita pinta oleh itu berwaspadalah bila berbicara agar tidak ada yang terasa dan memendam rasa.Mungkin kita cuma melihat tapi tak tahu apa disebaliknya jadi cuba renung2kan...