DUNIA BARU

DUNIA BARU

Rabu, 15 Oktober 2014

Kekadang bila dah tinggal di bandar ni sering teringat zaman kanak2 masa berada di kampung dulu2 dan bila sesekali pulang kekampung terasa sedih pun ada ialah dulu lain sekarang dh lain,maka tercoretlah apa yang ada disini...

              Desa yang kurindui...
              Dan pasti tidak kulupai...
              Kedamaian dan keindahan dikelilingi dengan kehijauan
              serta Kicauan burung dan kokokkan ayamYang menghiburkan memecah kesunyian..
              Rumah yang berdinding papan sejuk dan nyaman,
              Itulah tempat kediaman Keluarga dan teman-teman sepermainan.
              Warna-warni di halaman dipenuhi dengan pelbagai tanaman
              juga menjadi padang permainan,
             Serta mengeratkan persahabatan sesama jiran,
              Tapi itu dulu bukan kini
              semua itu sudah tiada lagi,
              kini dikelilingi hutan batu-bata,deruman kenderaan disana sini..
              rumah batu jadi kebanggan,
              rumah papan ditinggalkan,
              yang sepatutnya menjadi warisan kini usang tanpa dipedulikan
              akhirnya rebah menyembah bumi hilang dari pandangan.
              Tiada lagi kemesraan,masing2 mengejar kejayaan dan kekayaan,
              bila bertemu sekadar berbalas senyuman..
              Di hari rayapun tiada lagi kunjungan sesama teman cuma saudara mara sahaja yang masih berkekalan...
              kenduri kendarapun gotong royong makin dilupakan,
              katering pula lebih mendapat sambutan,
              walaupun kurang berkemampuan tapi itulah yang mula diamalkan..
              sana sini wang sudah menjadi kemestian
              saudara mara dan jiran tertangga
              datang sekadar kunjungan atas jemputan
              memang sedih bila diingatkan
              didesa dan bandar kini banyak persamaan....

Ahad, 12 Oktober 2014


Saya sangat-sangat bersetuju dengan apa yang tertulis didalam Mingguan Malaysia 12.10.2014.suami saya yang dah berkerja 25 tahunpun tak mampu nak membeli rumah yang berharga RM 100,000,RM200,000 keatas Atau bawah RM 300,000 ni kan pulak bawah RM 500,000 yg pasti harga rumah  akan semakin meningkat dengan apa yang diumumkan menerusi Skim Perumahan Belia dalam  Bajet 2015.Walaupun saya suri rumah sepenuh masa masalah rumah ni memang saya dok fikir2kan sebab saya mempunyai ramai anak. Nak beli rumah  jika harga diluar kemampuan macam mana nak beli.Ingat nak beli rumah dulu baru lah nak fikir pasal kahwin sebab kalau dok bayar sewa rumah je dah RM 500 sebulan itu sewa yang paling rendah macam mana nak bayar yang lain2,termasuklah bayaran untuk membeli rumah jika harga rumah tu melebihi RM 300,000 atau bawah RM 500,000 agak2nya berapa sebulan yang kena bayar tu ....fikir2 lah masalah golongan yang kurang berkemampuan ni bukan senang nak dapat rumah yang murah ni kan pulak yang harga dibawah RM500,000 jangan dok fikir semua orang bergaji besar je.Ramai juga Suami isteri yang berkerja, pendapatan tak sampaipun RM5000.Rumah itu satu keperluan bagi pasangan yang dah berkahwin nak menyewa harga sewa makin naik juga, yang terbaik jika duit sewa dibayar untuk rumah sendiri lagi berbaloi.Nak dapat rumah kos rendahpun bukannya mudah.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Sembilan tahun telah berlalu,bila terbaca semula kisah anak2 yang ditulis secara suka2 dulu dan bagi mereka baca semula kisah mereka terasa lucu pun ada dan reaksi mereka macam percaya dengan tidak je.Ceritanya begini dengan ringkas tapi panjang jugalh sebab kesuntukan masa banyak tempahan yang nak disiapkan...

                    Al kisah tiga beradik yang tinggal di rumah pangsa tingkat 3...Nur , Nurhaliza dan Mahathir. Nur belajar dalam darjah satu pada ketika itu, Nurhaliza baru berumur empat tahun dan Mahathir atau panggilan manjanya 'T', berumur tiga tahun.
                    Sebelum memasuki darjah satu Nur telah dua tahun bersekolah Tadika. Dia juga sudah pandai membaca dan menulis, tetapi dia kurang mahir dalam ejaan. Ini kerana Nur lebih suka bermain daripada mengulangkaji pelajaran.
                     Berlainan pula dengan adiknya, Nurhaliza walaupun belum bersekolah di tadika tetapi dia sudah pandai membaca, menulis dan mengira. Ini kerana Nurhaliza selalu belajar dirumah bersama mamanya.
                      Manakala adik bongsunya Mahathir, baru mengenali huruf-huruf ABC.... Si Mahathir ni agak manja jika dibandingkan dengan kakaknya. Pertuturannya juga masih kurang jelas dan tidak berapa suka belajar.
                      Oleh kerana mereka tinggal di rumah pangsa, mereka juga dilarang bermain diluar kawasan rumah atau dibawah tanpa pengawasan ibubapa. Ini untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.Maklumlah mereka tinggal dikawasan perumahan, banyak kenderaan lalu lalang dan orang yang tidak dikenali berada disitu.
                      Mereka juga tidak mempunyai ramai kawan. Mereka bertiga akan belajar dan bermain bersama-sama di dalam rumah.
                      Untungnya mereka tinggal dirumah pangsa kerana mereka tidak membuang masa dengan bermain dan merayau tidak tentu hala. Ibubapa juga tidak perlu risau.
                      Nur ke sekolah dengan menaiki bas sekolah yang berhenti dihadapan rumah. Di sebelah pagi, Nur akan ke sekolah agama dan pada sebelah petang pula dia akan ke sekolah kebangsaan.
                      Oleh kerana Nur telah bersekolah, dia mempunyai ramai kawan. Satu kelemahan Si Nur ialah dia tidak pandai untuk membeli makanan dikantin.
                      Oleh itu setiap hari dia akn membawa bekal air dan roti ke sekolah. Satu lagi, Si Nur ni cerewet pasal makanan. Sebab itulah badannya kurus seperti 'lidi' lain perkataan 'Si Cicak Kubing'. Dia tidak suka makan ikan dan sayur. Dia lebih suka makan nasi dengan kicap dan kadang-kadang dimakan dengan telur atau sedikit ayam.
                       Apa yang melucukan ialah, walaupun sudah darjah satu Si Nur masih minum susu di dalam botol susu. Kah! Kah! Kah! Ee..ee...malunya!
                       Oh, ya. Satu hal lagi Si Nur hanya suka makan roti yang bercoklat sahaja dan hobinya ialah ehem..mmm...korek hidung!..Ee..ee..gelinya.
                       Tak kisah lah. apapun hobinya janji dia mesti cergas dan mempunyai daya ingatan yang kuat dan pintar .
                       Ha.... Yang ini pula kisah Si Montek. Siapa ya...? Si Montek tu ialah Cik Nurhaliza atau panggilan manjanya 'Ca'. Nak tahu kenapa dia dipanggil Si Montek? Ha... Sebabnya Ca berbadan gempal. Almaklumlah orang tinggal dirumah, tak bersekolah... Apatah lagi kuat makan.
                       Cerita pasal makan, berilah apa saja, tiada pantang larang, semuaanya Ca 'bedal'... Hem..mm..sedapnya....! Ca memang kuat makan. Kadang-kadang pagi-pagi lagi dia 'order' nasi dan roti canai. Tak apalah janji lepas makan mesti belajar.
                      Kalau nak suruh Ca belajar awas ye..!kena pandai bodek...kalau tak,,silap hari bulan kita pula yang akan dimarahnya.Suaranya..Wow...mengalahkan suara singa mengaum.Oh...tidak..kk..Awas lu..nanti dicakarnya!(bukan cakaran harimau ye...!).
                      Ca ni memanglah "bengking" budaknya..Tapi jangan putus asa..satu kelemahannya ialah bila mamanya pegang rotan dia akan cepat2 ambil buku dan membacanya.Ada masanya dia sendiri akan suruh mamanya ambil rotan supaya dia rajin belajar.Hai bertuahnya budak ni.Ca juga cepat pandai.
                      Itulah kisah Ca berlainan pula kisah adik bongsunya iaitu Mahathir atau ringkasnya 'T'. Orangnya agak pemalu tetapi garang! Walaupun makan banyak tetapi badannya taklah sebesar mana. Yang ganjilnya Encik T ni ialah sifatnya bila hendak buang air besar dia mahu pakai lampin pakai buang kerana dia tidak mahu buang air besar dalam tandas. Hai... Macam macam hal!
                     Sifat pemalunya oklah juga tetapi sifat kedekutnya amatlah ketara, orang luar jangan cuba cuba nak pinjam barangnya atau barang keluarganya, siaplah dia akan menjerit dengan sekuat hatinya. Eee..ee..tak tahulah bila dia nak berubah.
                     Nak tahu kenapa En.T ni hanya pandai ABC.. Itu pun kurang mahir. Ha.. Sebabnya bila ajak aje belajar mulalah dia melarikan diri... Macam macam helah! Bila ibunya ambil rotan, belumpun kena dia dah menangis.
                     Habis tu belajarlah dalam linangan air mata.. Ha.. Itulah sebabnya dia lambat pandai, nak buka mulut pun dipaksa.
                     Satu cara nak suruh dia belajar dengan rela hati ialah katakan padanya "Siapa rajin belajar akan dapat pusing-pusing dengan motor".
                     Hem.. Barulah dia akan belajar dengan rajin. Jawabnya "T nak pucing-pucing". Ha..! Pelat rupanya Encik T ni...
                     Hai..... Tentunya ada yang nak tahu kenapa dua beradik ni dipanggil dengan nama penyanyi dan nama bekas perdana menteri?O.Klah menurut sejarah terkini semasa dalam kandungan lagi,mamanya sangat meminati artis Siti Nurhaliza, kerana terlalu meminati artis tersebut dengan tidak di sangka2 Ca pun dilahirkan sama tarikh dengan Cik Siti,iaitu pada 11.1.2001,maka panggilah Si  Montek tu dengan nama Nurhaliza..tapi disebabkan kakak dia yang agak pelat pada masa dia kecil dah di panggilnya Ca lh pulak..maka lekatlah nama tu hingga ke hari ini...nama timangan je nama sebenar lain dari yang lain...!
                     Selidik pula sejarah En.Mahathir kita, maka terbongkarlah kisahnya iaitu semasa kecilnya budak T tu, kecoh satu negara isu perletakan jawatan Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri, Hem...untuk memperingati peristiwa tersebut maka dipanggil lah namanya dengan nama Mahathir dan kekal lah hingga sekarang, itupun cuma nama timang-timangan.
                     Walau apapun nama atau panggilan untuk mereka, yang penting biarlah mereka berjaya didunia dan akhirat dibidang agama, pendidikan dan kerjaya serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.AMIN..

Selasa, 23 September 2014


Mari kita ajak anak2 mengenali buah yang jarang2 mereka jumpa pada zaman ni,dulu zaman kanak2 memang ia menjadi kegemaran kita.Ada antara buah ni bila suami saya bawa kepejabat rupa2nya bukan kanak2 je yg tak tau ni buah apa rupanya ramai juga budak2 muda di pejabatnya tak pernah jumpa dengan buah ni,oleh itu mari kita ajak mereka meneka apa nama buah yang ada di bawah ni...buah ni sedap juga rasanya masam2 manis gitu.






Selasa, 16 September 2014

Apabila anak kata tolong tuliskan sesuatu sempena dengan bulan kemerdekaan maka tercatiklah ayat2 ni dari seorang mama yang bukanya pakar didalam bidang penulisan ni tapi sebab nak bagi semangat pada anak usahakan lah juga dan disemak oleh anak sehingga dia rasa puas hati.

31 Ogos kembali lagi
Ulang tahun kemerdekaan pasti dirai
Gema merdeka disana sini
Kibaran bendera megah berdiri

Bersyukur kita kehadrat ilahi
Kerana kita masih disini
Di negara berbilang bangsa
Pelbagai keturunan hidup dengan harmoni

Hargailah kemerdekaan yang kita miliki
Janganlah kita lupa diri
Janganlah kita bersengketa sesama sendiri
Janganlah kita biarkan negara dijajahi lagi
Jangan hancurkan negara untuk kepentingan peribadi
Negara yang bergolak jangan dicontohi
Kerana kealpaan kita pasti semua itu terjadi

Erti sebuah kemerdekaan perlu difahami
Bukan sekadar diucap dan dirai
Serta berseronok setiap hari
Leka dengan dunia teknologi
Hingga lupa jati diri

Ayuh bangkitlah semua ..
Dari lena dibuai mimpi
Baik kecil , tua dan muda mudi
Sama-sama bersatu hati
Demi mempertahankan agama , bangsa dan negara yang dicintai
Jangan biarkan ia dibolosi
Dari pelbagai ancaman masa kini

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Semoga ianya kekal abadi .

Ahad, 1 Jun 2014



Ku sangka panas hingga kepetang tapi hujan ditengah hari.mengharapkan kegembiraan tapi kedukaan yg datang,nak cakap salah tak cakappun salah,jadilah manusia yang serba salah.Tersangat perit apabila apa yang hendak disampaikn menjadi salah faham yang membawa pada pertelingkahan walhal niat asal sekadar meluahkan pendapat tapi dek kerana mereka nak menjaga hati satu insan tersayang akhirnya kita yang jadi malang.Tergurisnya hati kita tiada siapa peduli hasalkan insan tersayang terbela .Bukan silap insan tersayang tapi mereka-mereka yang terlalu menjaga hati insan tersayang hingga tidak berani berkata apa-apa,Tidak bersuara cuma ikutkan saja akhirnya bila timbul masalah siapa pula yang nak disalahkan?Disinilah berlakunya salah faham....sekadar memberi pendapat sudah pasti insan yang mereka telalu sayangkan tu boleh terima bukan menentang apa yang dihajatinya itu sahaja,takkan itupun tak boleh, tapi mengeluarkan kata-kata kasar tanpa mendengar dengan jelas apa yang kita hendak luahkan tanpa memikirkan tergurisnya hati seseorang yang telah banyak membantu semasa zaman remaja mu itu tidak pula kita fikirkan.Hancur hatiku jadinya....jika begini dari balik lebih baik jangan balik,dari bersuara lebih baik diam jangan berkata apa-apa,dari ingin membantu labih baik jangan ambil tahu.Tersangat pedih apabila dituduh tidak bergaul dengan orang dan tidak tahu apa-apa jadi jangan masuk campur.Sedangkan kita sentiasa memantau  walaupun dari jarak jauh takkan itupun tak faham dengan masalah kesihatan anak yang tidak mengizinkan untuk kita bebas seperti yang lain.Kekadang pelik juga juga asyik disuruh menjaga hati orang je yang hati kita ni tiada siapa pulak yang nak menjaganya,susah senang yang kita tanggung tiada siapa yang ambil paduli,senyum dalam tangis kita tiada siapa yang kisah, mungkin kerana kita  sekadar mampu bersuara tanpa mempunyai apa-apa beginilah akhirnya...renung2kan jangan termenung...

Isnin, 20 Januari 2014

Whatsapp , Buang yg Keruh Ambil yg Jernih

           Assalamualaikum ... Selamat Tahun Baru . Tutup buku lama buka buku baru . Al kisah terlintas untuk menulis setelah bermain whatsapp , sambil bergurau senda cuba menyampaikan mesej nasihat-menasihati . Tapi sayang sekali mesej yang disampai kurang  dipeduli , tapi kalau yg ditulis merapu-merapi itulah yg diminati . Teman cuba menasihati hapuskan segala dendam dan juga sengketa lama yg masih terpendam terhadap sahabat handai,jiran tertangga dan sesiapa saja.cukup2lah  untuk bermusuh sesama kita,ubatilh luka dengan cermin diri dan cari kesilapan diri sendiri.jangan terlalu menunding jari mencari kesilapan orang lain.buanglah sifat berprasangka buruk tehadap orang sekeliling tanamkan sikap baik sangka sesama kita dgn jiran tertangga,usia kita makin tua,kubur pun dah kata mari andainya kita mati takkanlah kita nk gali kubur sendiri.