DUNIA BARU

DUNIA BARU

Sabtu, 11 Oktober 2014

Sembilan tahun telah berlalu,bila terbaca semula kisah anak2 yang ditulis secara suka2 dulu dan bagi mereka baca semula kisah mereka terasa lucu pun ada dan reaksi mereka macam percaya dengan tidak je.Ceritanya begini dengan ringkas tapi panjang jugalh sebab kesuntukan masa banyak tempahan yang nak disiapkan...

                    Al kisah tiga beradik yang tinggal di rumah pangsa tingkat 3...Nur , Nurhaliza dan Mahathir. Nur belajar dalam darjah satu pada ketika itu, Nurhaliza baru berumur empat tahun dan Mahathir atau panggilan manjanya 'T', berumur tiga tahun.
                    Sebelum memasuki darjah satu Nur telah dua tahun bersekolah Tadika. Dia juga sudah pandai membaca dan menulis, tetapi dia kurang mahir dalam ejaan. Ini kerana Nur lebih suka bermain daripada mengulangkaji pelajaran.
                     Berlainan pula dengan adiknya, Nurhaliza walaupun belum bersekolah di tadika tetapi dia sudah pandai membaca, menulis dan mengira. Ini kerana Nurhaliza selalu belajar dirumah bersama mamanya.
                      Manakala adik bongsunya Mahathir, baru mengenali huruf-huruf ABC.... Si Mahathir ni agak manja jika dibandingkan dengan kakaknya. Pertuturannya juga masih kurang jelas dan tidak berapa suka belajar.
                      Oleh kerana mereka tinggal di rumah pangsa, mereka juga dilarang bermain diluar kawasan rumah atau dibawah tanpa pengawasan ibubapa. Ini untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.Maklumlah mereka tinggal dikawasan perumahan, banyak kenderaan lalu lalang dan orang yang tidak dikenali berada disitu.
                      Mereka juga tidak mempunyai ramai kawan. Mereka bertiga akan belajar dan bermain bersama-sama di dalam rumah.
                      Untungnya mereka tinggal dirumah pangsa kerana mereka tidak membuang masa dengan bermain dan merayau tidak tentu hala. Ibubapa juga tidak perlu risau.
                      Nur ke sekolah dengan menaiki bas sekolah yang berhenti dihadapan rumah. Di sebelah pagi, Nur akan ke sekolah agama dan pada sebelah petang pula dia akan ke sekolah kebangsaan.
                      Oleh kerana Nur telah bersekolah, dia mempunyai ramai kawan. Satu kelemahan Si Nur ialah dia tidak pandai untuk membeli makanan dikantin.
                      Oleh itu setiap hari dia akn membawa bekal air dan roti ke sekolah. Satu lagi, Si Nur ni cerewet pasal makanan. Sebab itulah badannya kurus seperti 'lidi' lain perkataan 'Si Cicak Kubing'. Dia tidak suka makan ikan dan sayur. Dia lebih suka makan nasi dengan kicap dan kadang-kadang dimakan dengan telur atau sedikit ayam.
                       Apa yang melucukan ialah, walaupun sudah darjah satu Si Nur masih minum susu di dalam botol susu. Kah! Kah! Kah! Ee..ee...malunya!
                       Oh, ya. Satu hal lagi Si Nur hanya suka makan roti yang bercoklat sahaja dan hobinya ialah ehem..mmm...korek hidung!..Ee..ee..gelinya.
                       Tak kisah lah. apapun hobinya janji dia mesti cergas dan mempunyai daya ingatan yang kuat dan pintar .
                       Ha.... Yang ini pula kisah Si Montek. Siapa ya...? Si Montek tu ialah Cik Nurhaliza atau panggilan manjanya 'Ca'. Nak tahu kenapa dia dipanggil Si Montek? Ha... Sebabnya Ca berbadan gempal. Almaklumlah orang tinggal dirumah, tak bersekolah... Apatah lagi kuat makan.
                       Cerita pasal makan, berilah apa saja, tiada pantang larang, semuaanya Ca 'bedal'... Hem..mm..sedapnya....! Ca memang kuat makan. Kadang-kadang pagi-pagi lagi dia 'order' nasi dan roti canai. Tak apalah janji lepas makan mesti belajar.
                      Kalau nak suruh Ca belajar awas ye..!kena pandai bodek...kalau tak,,silap hari bulan kita pula yang akan dimarahnya.Suaranya..Wow...mengalahkan suara singa mengaum.Oh...tidak..kk..Awas lu..nanti dicakarnya!(bukan cakaran harimau ye...!).
                      Ca ni memanglah "bengking" budaknya..Tapi jangan putus asa..satu kelemahannya ialah bila mamanya pegang rotan dia akan cepat2 ambil buku dan membacanya.Ada masanya dia sendiri akan suruh mamanya ambil rotan supaya dia rajin belajar.Hai bertuahnya budak ni.Ca juga cepat pandai.
                      Itulah kisah Ca berlainan pula kisah adik bongsunya iaitu Mahathir atau ringkasnya 'T'. Orangnya agak pemalu tetapi garang! Walaupun makan banyak tetapi badannya taklah sebesar mana. Yang ganjilnya Encik T ni ialah sifatnya bila hendak buang air besar dia mahu pakai lampin pakai buang kerana dia tidak mahu buang air besar dalam tandas. Hai... Macam macam hal!
                     Sifat pemalunya oklah juga tetapi sifat kedekutnya amatlah ketara, orang luar jangan cuba cuba nak pinjam barangnya atau barang keluarganya, siaplah dia akan menjerit dengan sekuat hatinya. Eee..ee..tak tahulah bila dia nak berubah.
                     Nak tahu kenapa En.T ni hanya pandai ABC.. Itu pun kurang mahir. Ha.. Sebabnya bila ajak aje belajar mulalah dia melarikan diri... Macam macam helah! Bila ibunya ambil rotan, belumpun kena dia dah menangis.
                     Habis tu belajarlah dalam linangan air mata.. Ha.. Itulah sebabnya dia lambat pandai, nak buka mulut pun dipaksa.
                     Satu cara nak suruh dia belajar dengan rela hati ialah katakan padanya "Siapa rajin belajar akan dapat pusing-pusing dengan motor".
                     Hem.. Barulah dia akan belajar dengan rajin. Jawabnya "T nak pucing-pucing". Ha..! Pelat rupanya Encik T ni...
                     Hai..... Tentunya ada yang nak tahu kenapa dua beradik ni dipanggil dengan nama penyanyi dan nama bekas perdana menteri?O.Klah menurut sejarah terkini semasa dalam kandungan lagi,mamanya sangat meminati artis Siti Nurhaliza, kerana terlalu meminati artis tersebut dengan tidak di sangka2 Ca pun dilahirkan sama tarikh dengan Cik Siti,iaitu pada 11.1.2001,maka panggilah Si  Montek tu dengan nama Nurhaliza..tapi disebabkan kakak dia yang agak pelat pada masa dia kecil dah di panggilnya Ca lh pulak..maka lekatlah nama tu hingga ke hari ini...nama timangan je nama sebenar lain dari yang lain...!
                     Selidik pula sejarah En.Mahathir kita, maka terbongkarlah kisahnya iaitu semasa kecilnya budak T tu, kecoh satu negara isu perletakan jawatan Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri, Hem...untuk memperingati peristiwa tersebut maka dipanggil lah namanya dengan nama Mahathir dan kekal lah hingga sekarang, itupun cuma nama timang-timangan.
                     Walau apapun nama atau panggilan untuk mereka, yang penting biarlah mereka berjaya didunia dan akhirat dibidang agama, pendidikan dan kerjaya serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.AMIN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan