DUNIA BARU

DUNIA BARU

Sabtu, 26 Januari 2013

Mak

          Bila tiba musim cuti ni , mulalah teringat kampung . Kali terakhir balik kampung semasa hari raya puasa yang lalu . Selepas tu dah berapa kali nak balik tapi belum berkesempatan lagi kerana masalah kesihatan anak yang tidak menentu sukar untuk di bawa pulang . Teringatkan mak ... rasa kesian bila mengenangkan rajin mak berusaha dengan bermacam cara untuk menambah kan pendapatan keluarga walaupun dia seorang suri rumah tangga . Dengan pendapatan abah yang tidak seberapa untuk menampung keluarga yang melebihi dari sepuluh orang , mak tetap berusaha untuk membantu . Kini , anak2 mak semua sudah dewasa dan berkeluarga serta berkerjaya . Walaupun mereka tidak berjawatan tinggi tapi mereka ada pendapatan sendiri .

           Abah pun dah pencen tapi tapi mak masih berusaha untuk menambah duit poket yelah , cucu-cucu ramai . Hajat orang tua teringin juga nak menghulurkan cucu wang walau RM 1 , 2 bila berjumpa . Lagipun "kasih ibu" kekadang bila ada anak yang di dalam kesusahan atau mengalami masalah kewangan  , si ibu sedia membantu . Terfikir juga kalau anak sepuluh orang . Kalau tiap seorang bagi ke mak RM 100 atau RM 50 sebulan pasti mak tak payahlah susah-susah nak buat itu ini lagi untuk mencari  duit sendiri , Tapi rasanya  anak-anak pun sibuk nak membesarkan anak masing-masing , cari duit untuk sara keluarga sendiri je . Setahun sekali je dapat bagi duit pada mak iaitu pada hari raya . NA mengakui diantara mereka itu ialah NA . Pendapatan NA sebulan tak sampai RM 300 . Kadang2 ada , kadang tidak . Bergantung pada banyak mana mendapat tempahan . Al maklum lah  kerja sambilan di rumah . Dengan pendapatan NA yang tidak menentu , NA tetap berusaha dari awal tahun lagi menabung untuk bagi duit raya mak , abah , anak2 saudara dan jiran tertangga . Alhamdulillah , walaupun pendapatan tidak seperti adik beradik lain yang makan gaji , walaupun sedikit dapat juga bagi mak duit raya kalau rezeki lebih dapatlah  bagi lebih  . Yelah , setahun sekali . Kalau boleh nak bagi banyak tapi ikut pendapatan lah juga  .

            Itulah kita ni , bila kita sudah menjadi ibubapa kita sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2 kita tapi , kita seakan lupa untuk berkorban apa sahaja untuk ibubapa yang membesarkan kita dan untuk bantu membantu sesama adik beradik yang dulunya sama2 dibesarkan oleh ibubapa dalam satu rumah pun sukar . Mungkin dari sudut lain kita ringan tulang untuk membantu tapi kalau masalah kewangan rasanya tidak ramai yang akan membantu . NA pun begitu . Apa yang NA mampu berangan jadi orang kaya dan mampu membantu mereka yang susah  termasuk lah ahli keluarga . Harap2 angan2 mak Jenin ni akan menjadi kenyataan .Yang penting usaha dan terus berusaha dan sentiasa muhasabah diri dan ingat mengingati .
                                                    SELAMAT MEMBACA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan