DUNIA BARU

DUNIA BARU

Sabtu, 29 Disember 2012

Belajar Dari Kesilapan

Mari kita belajar buat sendiri..tiru2 je,yang penting asas menjahit perlu ada..senang je belajar jahit lurus dulu macam anak kak ni.Kak ni pun tak tamat pun belajar menjahit al maklumlah orang dulu2bila ada orang masuk meminang terus kena kahwin tak sempat tamat belajar dah kena berhijrah ikut suami. Bila dah beranak pinak nak sambung belajar banyak pulak masalhnya akhirnya tiru2 je lah ...
Bila jiran2 tau kita boleh menjahit mulalah ada yang nak menempah,tapi jangan tamak cepat terima.Sesiapa yang nak tempah dengan akak,terus terang je akak cakap yang akak tidak berapa pandai kalau tak cerewet boleh akak cuba jahitkan tapi tak lah secantik jahitan dikedai..

Tak sangka pulak ramai yang nak penghantar tempahan...Pada mulanya akak banyak menjahit baju kurung je..dari situlah bila dah banyak menjahit kita belajar dari setiap kesilapan yang kita buat. bila anak2 dah besar sikit akak adalah cuba sambung belajar menjahit di kedai, kelas malam, tapi sekejap je..tempatnya agak jauh dari rumah kena naik bas terasa takutlah pulak ..dah berhenti lagi tak tamat juga,tapi dapat lah juga tambah sedikit Ilmu...
Akak cuma belajar jahit baju ,yang ini semua tiru2 je dah orang suruh buat , jadi belasah jelah.. Kebanyakkan yang membuat tempahan ni akak tak kenalpun.Mereka kirim melalui kenalan ..Faham2 jelah kita ni suri rumahtangga sepenuh masa betapa dalam rumah 24 jam sambil menjaga anak2.mana ada kenalan sangat.Yang penting mereka tidak cerewet dan akak cuba jahit sebaik mungkin... 

Ini sebenarnya dari lebihan kain langsir..dari membazir buatlah apa yang boleh.

Yang bunga merah tu contoh yang di beri.


Gambar ni tidak mengikut susunanlah pulak oleh itu jangan terkeliru...masih belum pandai nak perbetulkan .BUAH CEMPEDAK DIDALAM PAGAR KAMI ANAK BERANAK BARU BELAJAR...harap maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan