DUNIA BARU

DUNIA BARU

Khamis, 20 Disember 2012

Inilah pengalaman yg MENGECEWAKAN !!!!

Harap pengalaman sebegini tidak belaku pada orang lain dan dapat memberi pengajaran pada semua pihak .Berhati-hati sebelum nak mengikuti mana2 aktiviti orang yg kita kurang kenali dan hanya mendapat maklumat dari kaca tv dan berurusan menerusi panggilan telefon sahaja..Walau apapun seminggu sebelum nak mengikuti kem ini suami akak telah ke resort tempat dimana Aktiviti kem ini nak  jalankan,tapi cuma dapat melihat dari luar sahaja kerana kononnya resort itu ditutup sementra untuk dibaiki seperti kata pengajur resort itu sedang dibaiki untuk beberapa hari dan akan boleh digunakn sebaik kem akan bermula.
Inilah al-kisahnya.....19hb12.12 anak2 mengemas barang untuk ke kem yg akan diadakan disebuah resort di Putrajaya.Inilah pertama kali nak menghantar anak mengikuti program seperti ini,setelah kakak menonton di salah sebuah stesen tv.dengan bayaran yang sangat2 berpatutan ..selama 5 hari.apa yang menarik perhatian kakak ialah formula Matematiknya... pilihan akak untuk 1 hari je tapi dah mereka buat 5 hari jadi terpaksalah setuju je.
Beg anak2 telah siap dikemas untuk perjalanan ke kem keesokan harinya.Sebenarnya anak2 tidak bersetuju langsung untuk ke kem ni, dengan alasan tiada kawan yg dikenali.Kalau salah seorang mereka tidak mahu pergi jadi keputusan kakak, ketiga2 wajib pergi untuk belajar melihat dunia luar "konon nya",maklumlah anak2 akak memang dalam setahun tu memang tak kemana2 kecuali kesekolah dan balik kampung je, itulah kebiasaannya.


20hb12.12.Lebih kurang 9amAkhirnya sampailah ke destinasi yang dituju,tempat kem yang akan diadakan.Anak2 kesana bersama papa mereka,kakak tidak dapat turut serta kerana menjaga anak kedua yang kurang upaya.Mereka diantara peserta terawal tiba. Tidak sangka, tempat ni tidak terurus,kotor, dan disambut oleh nyamuk2 yang memenuhi kawasan sekeliling.mungkin dalam gambar ini tak nmpak sangat susana kotornya tapi bagi mereka yang berada disana pada wktu itu tempat ni sangat2 menggelikan...Ini belum lagi dengan keadaan tandasnya .tak sanggup nak ditunjukkan disini, gambar tandas telah dipadamkan...
Tempat ini juga dihuni oleh beberapa orang bangla yang kononnya berkerja disitu, ketika perserta sampai bangla ni baru je bangun dr tidur.anjing liarpun banyak berkeliaran
Anak2 dan mereka yg hadir mengatakn keadaan didalam dewan yang sudah lama tidak digunakn ini cukup menyeramkan.Lihat saja lampu yg bersepah dilantai serta habuk di merata tempat.Lebih kurang pukul 9.30am pengajur kem pun sampai setelah menerima panggilan dari beberpa ibubapa yg hadir awal.Suasana mula kecoh sedikit, masing2 mula menyatakan ketidakselesaan kawasan itu.Rupa2nya pihak penganjur pun tidak mengetahui yg tempat itu telah lama ditutup.Inilh silapnya jika kita hanya berurusan dengan telefon tanpa pergi sendiri melihat pengurusan yg dibuat sebelum sesuatu aktiviti itu dimulakan.
Lihat lah susana didlm bilik ini kotor, kosong, berhabuk dan pintu yg rosak,Anda rasa boleh ke tempat ini  dibersihkn dlm masa satu hari? Itulah jaminan pengajur yg dah serba salah melihat suasana disitu, takkan  budak2 kem ni nak tidur atas lantai, tilam, bantal pun tiada.bilik air yg rosak dan ketiadaan air.Lampu rosak.
Pengurus resort pun di panggil dan memberi jaminan yg sama ,yg rasanya tak masuk akalkan.?Khabarnya Pengurus resort baru pulang dr luar negara dia pun cuma megarahkan perkerjanya membersihkan kawasan tersebut dari jarak jauh je tanpa hadir memastikan semua keadaan betul2 sesuai untuk digunakan oleh orang luar.Para perserta makin ramai yg tiba dan tak tahu apa2 tanpa melihat keadaan sekeliling terus mendaftar dan membuat bayaran ,Ada juga yg telah membuat bayaran secara bank in seperti kami telah membuat bayaran  terlebih awal. Nasib baik pihak pengajur ni orang yg bertanggungjawab dengan semua kesulitan yg telah berlaku,kami di beri pilihan sama ada nk terus mengikuti kem tersebut yg mungkin ditunda ketarikh lain ditempat yg sama atau wang dikembalikn.Kami memilih wang dikembalikan kerana tak sanggup jika kem tersebut diteruskn ditempat yg sama, tempat yg telah lama tidak berpenghuni itu pasti banyak insiden yg menyeramkan akan berlaku...
Setelah pengajur memulangkan wang dan  penganjur juga bersedia utk menghubungi kami jika mereka mengadakn kem ditempat lain ,Anak2 dan suamipun mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke putrajaya bersiar2 bersama ketiga2 anak untk mencari ketenangan dari situasi yg agak panas, sementara menunggu ank sulung yg secara kebetulan sedang berkrusus 1 hari disitu. 
BEGINILAH RUPANYA SETELAH PULANG KERUMAH DENGAN PENUH KEKECEWAAN......HARAPAN SETINGGI GUNUNG TAPI BERKECAI SEPERTI KACA YG TERHEMPAS KELANTAI...
SELAMAT TINGGAL RESORT YG SUDAH TIDAK BERPENGHUNI !!!!!,INDAH KHABAR DARI RUPA .SEMOGA TIDAK LAGI MENINGGALKAN KENANGAN PAHIT PADA PENGUNJUNG LAIN...KONONNYA TEMPAT INI DITUTUP SEMENTARA UNTUK DIBAIKI TAPI SEHINGGA KEM NK DIMULAKAN PADA TARIKH TERSEBUT TIADA APA2 PUN YG NAMPAK DIBAIKINYA.,SEMEMANGNYA IA  KELIHATAN SEPERTI SUDAH LAMA TERBIAR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan