DUNIA BARU

DUNIA BARU

Sabtu, 15 Disember 2012

Dalam kesibukan melayan karenah anak-anak dimusim cuti sekolah , teringatkan kampung halaman ...Masih belum berkesempatan untuk pulang ke kampung ... Maka tercipta lah coretan ini ...
Kampung ku sudah maju jaya ...
Tiada lagi hutan riba ...
Dikelilingi rumah batu bata ...
Pembangunan merata-rata ...
Sudah menjadi seperti bandar raya ..
Walaupun rasa tak selesa .. tapi terima saja seadanya
 Rindu rasanya suasana desa , sewaktu kecil hingga meningkat dewasa dengan kehijauan dan kemuafakatan jiran tetangga ... Rasanya kini jauh berbeza kawan sepermainan sudah tiada , kurang mesra bila bersua .Masing2 sibuk dengan kerjaya bersama keluarga tercinta . Tak kurang juga yang mencari harta mengejar cita2 menjadi kaya-raya . Harap2 kita tak lupa walau di mana kita berada , dulu susah kini dah selesa semuanya dengan izin yang Maha Esa Bukannya untuk kita sombong dan mengada-ngada .. kalau Dia nak tarik , dengan sekelip mata kita sudah tak punya apa2 . Jadi , insaf lah jangan terlalu leka dan terlena dengan kemewahan yang ada disekeliling kita .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan